Bismillah.
Mata itu cerminan
hati. Betul.
Hanya dengan
memandang tepat pada anak mata.
Kita dapat
merasakan apa yang dia rasa.
Mungkin dia segan.
Mungkin dia rasa
biasa je.
Ada juga yang
takde perasaan.
T I P U
kalau anda kata
bila anda pandang mata sesiapa. Mak ka, Ayah ka, kawan ka, hang kata hang
takleh rasa apa dia rasa.
(ke aku je.?)
Pada mula aku
masuk uni ni, aku fikir takpe pandang mata dia
(muslimeen) dgn sebab nak discussion bagai.(yang
memerlukan membahagi tugas dll yg tak perlu pun nak tengok tepat kat mata pun
sebenarnya)
In the beginning,
I thought it was okay.
Tapi aku tahu
sekarang “ its not okay”.
Aku terperangkap
dengan pandangan aku.
Aku gagal mengawal
hati.
Astaghfirullah,
Sedangkan ustaz yg
mengajar ilmu agama pun sanggup memejamkan mata semasa mengajar kami ( di suatu
tempat yang aku pergi satu masa dahulu).
Sungguh ,ustaz itu
ada hujah cukup kuat utk dibentangkan di hari pembicaraan nanti.
Mengajar kami ILMU FARDHU AIN.
Ilmu solat.
Tapi kami hanya
membincangkan ilmu fardhu kifayah.
Dan itu jadi ala
an aku.
Allah,
Allah,
Allah,
Aku faham kenapa
pensyariatan itu.
Kini,
Aku faham.
Untuk menjaga
hati.
Jika hati ini leka
memandang.
Pasti hilang zikir
di bibir.
Lupa akan ayat Mu
yg menegah kami berpandangan.
Memang ada rukhsah.
Tapi fikirkan kata
kata ini dari sahabat kami,
Ketika
bermuzakarah Kitab Penawar Bagi Hati.
Memang pandangan
pertama yang tidak disengajakan itu tidak berdosa.
Tapi hati kita
telah dicemari satu titik hitam.
Kata kata yg tak
mungkin aku lupa.
Memang pandangan
pertama yang tidak disengajakan itu tidak berdosa.
Tapi hati kita
telah dicemari satu titik hitam.
Bukankah hati itu
alat kita berhubung dengan Allah.?
Jika ia kotor dan
berkarat, mungkinkah ia berfungsi?
Pandangan aku tidak semesti benar.
Atas diri masing masing untuk menerima.
Apa yang pasti .
Pegangan kita harus berlandas pada Dia.
Atas diri masing masing untuk menerima.
Apa yang pasti .
Pegangan kita harus berlandas pada Dia.
Aku juga dalam
mujahadah.
Assalamualaikum.
*muslimeen =lelaki
*rukhsah =
kelonggaran