Manusia. Fana dan Binasa.

Manusia. Fana dan Binasa.

Friday, 6 February 2015

Kasih sampai Syurga!



Duhai bunda!



Bonda, ibu, mak, ma, ummi, walidah.
Dan pelbagai lagi , dalam loghat lagilah .
Nak senaraikan banyak amat.



Untuk ibu mereka yang telah pergi ke dunia abadi.
Jangan sedih! Jangan sedih! Jangan sedih, sayang!



Ibu anda telah berada di dunia yang tenang selagi anda sebagai anak mendoakannya.
Berbuat baik kepada sahabat handai ibu anda, dan mungkin lagi tip top anda sedekahkan yasin dua minggu sekali ke.?



"Cakap senanglah! Sedih mak tiada di sisi ni. Bahkan kalau nak call pun. Nak call siapa.? Macam mana? "



Sisters and brothers , im sorry but this the fact.



Everyone have to through it.
Or maybe we will go first from our parents.



Itulah kehidupan manusia.
Fana dan binasa.



Perpisahan ini hanya sementara!
Sedang perpisahan yang abdi itu jika satu tercampak di neraka
Dan satu lagi ditempatkan di syurga.!



Itulah perpisahan abdi. Jadi, sama sama tingkatkan amalan utk bersama mereka yg kita kasih di syurga.



Dan .
Dan.
Dan.



Kepada mereka yang ada ibu.
Punya lagi kedua orang tua.



Cubalah senangkan hati mereka meski kita terluka.
Cubalah berbicara dengan mereka sekerapnya jika di kejauhan.



Cubalah senangkan mereka meski kita terluka.?
Macam mana tuh.



Macam ni.
Kadang kadang apa yang parents suruh bukan semua kita setuju kan.?
Bukan semua kita sependapatkan.?
Bukan setiap masa kita rajinkan .?



Tapi kalau yang jenis patuh. Memang hebatlah!
Tahniah. Tapi bagi mereka yang jenis suka melawan.



Bukan melawan.
Tapi macam suka membantah.
Ayat yang lebih lembut utk didengar tak jumpa lah.



Cuba lah ikut je apa yang mereka suruh.
Tak pun bawa duduk semeja bincang.
Kalau tak berjaya juga, setuju sahaja.



Ayuhlah kita sama sama berkorban.
Mereka juga pernah berkorban untuk kita.
Mereka pernah berlelah kerana kita.
Penat sebenarnya kalau anda tahu.



Terutama ibu.
Ya Allah, macam sakit amat . Tengok cerita "Obstetrics and Gynecology".
Macam banyak cabaran yang para ibu terpaksa hadapi.



Membesarkan kita.
Macam macam.



Malah, sampai kita besar sekarang ini pun dia masih meminta kepada Allah supaya menjaga kita! Jangan kita disakiti, jangan kita jatuh ke dalam perkara yang menyakitkan



Tiada ibu sanggup melihat anaknya sakit.
Beliau sentiasa.
Sentiasa mengingati kita meski di kejauhan.









*   *   *   *    *    *    *   *    *   *   *   *   *   *   *    *   *  


Ma,
Maaf anak ini terlalu banyak salah.
Terlalu banyak.
Malah, aku tak mampu .
Tak terdaya utk membahagiakanmu.

Hanya pada doa dan sujud ,
Allah bahagia kan ibuku.

Aku tak mampu.
Kadang lebih banyak aku sakitkan perasaan dia dari membahagiakan!



*    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *    *  









Sebelum semua terlambat.
Assalamualaikum!

OTW





Aku rasa semua dari kita tahu, kelemahan diri kita kat mana.
Dan semestinya kelemahan itu kita ingin perbaiki.


Boleh jadi.
Kita seorang yang cepat marah.
Kita seorang yang selalu buruk sangka.
Kita seorang yang suka menipu.
Kita seorang yang suka mengata orang.
Kita seorang yang yang yang, yang sebagainyaa.



Kadang suka kacau orang pun boleh jadi kelemahan.
Kadang suka bercakap pun boleh jadi kelemahan yang merunsingkan.
Pendiam pun salah, banyak cakap pun salah .hahaha.



Boleh jadi.



Kelemahan tu menyebabkan orang di samping kita akan tak selesa.
Menyampah, Serabut, Tak suka.



Tapi kekadang ada yang tidak tahu yang dia ada sifat tu.
Harap kita sedar apa kekurangan kita. Moga Allah sedarkan.


Kenapa kita perlu sedar akan kelemahan diri kita.?
Sebab kita perlu jadi lebih baik, perlu cuba utk berubah.



Dan muhasabah.




Aku yakin.
Dalam lubuk hati yang paling dalam.
Kita cuba untuk berubah.



Cuma kita tak beritahu kepada dunia, kita sedang berubah kan?



Kita diam diam menjalankan misi mengubah diri.
Tapi kita selalu kalah dengan situasi, kalah dengan keadaan.



Kalah dengan diri sendiri.



Berapa ramai manusia pemarah yang ingin berubah menjadi seseorang penyabar?
Ramai. Bukan mereka tak tahu. Tapi mereka kalah ,kalah dengan keadaan dan kalah dengan diri sendiri.




Berapa ramai mereka yang suka shopping cuba utk berubah kurangkan perbelanjaan?
Ramai, tapi mereka juga tergugat dengan keadaan sekeliling dan nafsu.



Berapa ramai yang cuba untuk kurangkan aktiviti yang kurang berfaedah seperti main game, fb, WhatsApp?
Ramai. Tapi tersungkur juga.



Sebenarnya, apa yang penting ialah kita SUDAH ada niat utk jadi lebih baik.
Kemudian, AZAM takkan buat lagi.



Seterusnya, penyesalan . Dengan penyesalan, semestinya kita akan merintih dengan Allah.



See the point? Allah. Mengadu dengan Dia.
Biar keburukan ini menjadi kita akrab dan dekat dengan Dia.
Biar keburukan ini menjadi buah pahala.



Berjuta kali percubaan kita utk berubah.
Maka berjuta kali lah kita tersungkur di depan ALLAH .
Memberitahu Dia ,kita ingin berubah tapi sering gagal.



Di dalam perjalanan berubah.



Ingat.
Jangan lupa.



Ingat untuk tambah ilmu.
Ingat tambah ilmu.
Ingatkan diri supaya tambah ilmu.



Apa jua bentuk.
Quran. Hadith. Buku. Ceramah. Muzik. Gambar. Kitab. Manusia.



Apa jua bentuk ilmu.
Yang pasti ilmu yang baik itu akan memberi dan membuahkan takut kepad Allah!



Aku menulis kerna Aku Juga Dalam Mujahadah.



Amat memahami.
Apa yang anda rasa.
Mungkin lebih. Hahaha.*dah kenapa*



Okei. Assalamualaikum!

Sunday, 1 February 2015

Kita sendiri.

Dalam hidup,
Kita mesti ada seseorang yang memberi semangat dekat kita, saat kita down,
dia yang maintain kan kerajinan kita saat kita malas, ayat menusuk kalbu je dia bagi.
Terus semangat naik mendadak dadak.!


Nak cakapnya kalau dia takde makan tak kenyang ,mandi tak basah, tidur tak lena ,bersukan tapi tak berpeluh (eeh?),
Yang penting nak cakapnya tak gerak kot kerja kita
*gerak cuma sedikit atau tak cukup padulaa,gitu haaa.


Macam dalam satu kumpulan, mesti ada seseorang yang semangat , yang terlebih semangat, yang kurang semangat, dan tiada semangat.


Well, memang pun kita diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Macam tembok tak akan jadi kalau batu-bata tak cukup. Perumpaan dalam surah as-Saff kan?


Tapi,sampai bila.?
Cer cer cer bayangkan satu hari masa kita perlukan dia, dia takde.
Yela, kita pun tahu  manusia ni fana’, binasa dan tak kekal kan?


Sebenarnya semua benda ini bermula dari diri kita.
Tak salah untuk mengharap pada dia,orang lain.
Tapi bukan sepenuhnya.
Kita sendiri yang menjayakannya.
And of course lah Allah is our greatest pengharapan kaan.
Yang in tak boleh dinafikan.
Kita kena kuat .
Kita kena semangat.
Kita kena gembira .
Kita kena ceria.
Semua benda ini kita yang kena mulakan.
Kita yang pilih untuk kuat.
Kita yang pilih untuk semangat.
Kita yang pilih untuk ceria.


Jadi, dalam apa jua perkara yang kita buat.
Kita yang mulakan.
Kita sendiri yang kena semangat.
Bukan mengharap orang lain.

*ada isi ke? Nak lawan legend memang lah tak bolehkan. Jemput lah menjejak blo blog legend.
Bagi saya lah.
(aimanbanna.blogspot and budaktomato.blogspot)
Setakat ini yang tu je lagend bagi kami.