Manusia. Fana dan Binasa.

Manusia. Fana dan Binasa.

Tuesday, 9 December 2014

Kehidupan.



“Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di hulu
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya”

Senggam Tabah,Inteam




Bismillah.


Kehidupan?
Takkan pernah sunyi tanpa ujian.
Takkan pernah sunyi .




Takkan pernah.




Setiap kita ada ujian tersendiri.Ada yang diuji dengan banyaknya nikmat dan kesenangan,ada juga yang diuji dengan kemelaratan atau kesusahan yang seolah olah tiada penghujungnya. Aku,punya ujian tersendiri. Kamu, pasti juga ada ujian di balik ketawamu. Jika ingin bercerita, aku pasti ingin mengatakan aku lah orang yang paling malang. Aku sudah tak berdaya menanggung! Aku pasti ingin mengatakan akulah yang paling teruk diuji.






Padahal.



Kita diuji dengan kemampuan kita. Jika kita sorang yang kental, pasti Allah memberi ujian yang lebih berat. Jika kita yang lemah, pasti Allah memberi ujian yang bagi kita besar tapi orang lain hanya memandang ia sebelah mata.





Analoginya mudah*terbawa bawa gaya debat.hee*







Sekiranya budak kecil berumur 5tahun disuruh mempelajari Addmath, pastinya tak boleh! (kecuali Adi Putra,dia memang hebat!) Pastinya addmath untuk budak 5tahun itu perkara mustahil.








Same goes to ujian.







*           *          *        *         *         *        *








Kita diuji berdasarkan kemampuan kita. Kita sering melihat bahagianya orang lain dengan kehidupannya! Untungnya mereka ! Punya keluarga bahagia, punya segala gala. Seperti tiada masalah.




Kadang kita terlupa hakikat.
Mata kita dikaburi syaitan,supaya hilang rasa syukur.
Mengaburi nikmat yang kita milik.




Kita cuma perlu fikir dan renung.




Setiap yang terjadi ini, punya nikmat.
Andai sahaja kita mahu merenung dan berfikir. Gunakan akal melihat yang tersirat. Kadang untuk melihat yang tersirat perlu masa. Perlu waktu. Memerlukan sedikit kesabaran.









Setiap kesusahan itu ada hikmahnya.








Hati,kuatlah. Percaya dengan Allah.
Hanya perlu masa untuk melihat hikmahnya.
Saat merasa beratnya ujian itu,melututlah di depan Dia,sujudlah.
Beritahu yang kita sudah tidak kuat.Beritahu hati ini seolah rapuh untuk menghadapi ini semua. Katakan pada Rabbul Izzati,hanya pada Dia kita gantung harapan.




Dia pasti dengar dan pasti diberi jalan keluar. Cuma kita sahaja tak dapat melihat dengan mata kasar kita.



Dan terkadang jangan lupa mereka yang kelihatan bahagia di mata kita,
Mungkin menyimpan beribu cerita duka di sebalik segala suka.






“Fate,it can’t be put into words.” – Aya,One litre of Tears.





Assalamualaikum.






No comments:

Post a Comment