Manusia. Fana dan Binasa.

Manusia. Fana dan Binasa.

Friday, 19 December 2014

Mereka hebat! Aku?



Bismillah.



Tak kiralah mereka jauh atau dekat dengan ku, kita panggil sahabat na kat sini.
Ada orang mendefinisikan sahabat ini macam ni,macam tu. Meski budak bahasa, malas untuk menghurai maksud sahabat. Mohon kamu semua buka kamus dewan bahasa sendiri.




Aku punya sahabat di sisinya penuh dengan ayat alQuran pada nafasnya, pada dirinya.
Aku punya sahaabat yang petah berdakwah secara lisan di hadapan khalayak ramai.Di mana ramai mengaguminya.
Aku punya sahabat yang memiliki sabar yang menggunung , santun bicaranya, setiap langkahnya di pada agar tak menarik ajnabi,
Aku punya sahabat yang cukup pakej untuk menjadi seorang isteri yang disenangi pasangannya,
Aku punya sahabat yang sedang menjana kewangan meskipun seorang mahasisiwi,
Aku punya sahabat yang bergeliga otaknya dan apa jua soalan diaju boleh dijawabnya.
Aku punya sahabat yang mana dia seorang yang bersungguh mengejar cita cita ,menyirami diri dengan kata motivasi.
Aku punya sahabat yang tidak lokek duitnya untuk berbagi tidak kira dalam apa jua bentuk.*tidak sampai beratus*
Aku punya sahabat yang memegang amanah di universiti, menjayakan program, menahan tomahan dan kutukan orang.



Setiap sahabat di sisiku punya kehebatan tersendiri, tak mampu ku hurai satu persatu.







Segan mengusai diri di samping mereka.
Moga perasaan ini selalu ada






Banyak lagi sahabat sahabat ana yang ana perati dari jauh *tetibe ana, kohkohkoh*
Mereka hebat dari ilmu dan akhlak.






Jika mencerminkan diri sendiri. Mau pecah cermin agaknya.







Banyaknya aib.
Banyaknya dosa.
Banyaknya kekurangan.



Allah, pelbagai cara sahabat sahabat aku berbakti pada islam.
Aku harap aku juga ke arah sama.



Meski hanya menyebarkan senyum.
Meski membantu mereka di balik tirai.
Meski tidak memegang amanah.


Moga kita sentiasa mencari Engkau dalam apa jua.







Faham tak?




Contoh cenggini, kita bagi pinjam duit kat kawan 10ringgit.
10 ringgit je!
*bagi sssetengah pihak 10 ringgit itu 10je, tapi bagi diri ini.
10ringgit banyak tuh!*




Kita niatkan moga kita permudahkan urusan dia,
Allah permudahkan urusan kita.
Dan berharap dengan kebaikan kita lakukan kepada dia,
akan mendorong dia berbuat baik kepada yang lain
Mungkin dia tak lakukan perkara yang sama ,tetapi disebabkan dia selesai satu kesulitan hidup dia. Maka dia sebarkan senyuman.


Bukankah kita juga jadi salah satu punca?



Moga kita berfikir dan melihat lebih jauh lagi.




Jika aku salah,tegurlah.
Benar,siapa suka untuk ditegur.
Mungkin mendiamkan diri seketika.
Tapi, in sha ALLAH beri ruang untuk koreksi diri.
Pasti akan cuba untuk bergerak ke arah lebih baik.


AJDM.
aku juga dalam mujahadah!



2 comments: