Aku rasa semua dari kita tahu, kelemahan diri kita kat mana.
Dan semestinya kelemahan itu kita ingin perbaiki.
Boleh jadi.
Kita seorang yang cepat marah.
Kita seorang yang selalu buruk sangka.
Kita seorang yang suka menipu.
Kita seorang yang suka mengata orang.
Kita seorang yang yang yang, yang sebagainyaa.
Kadang suka kacau orang pun boleh jadi kelemahan.
Kadang suka bercakap pun boleh jadi kelemahan yang merunsingkan.
Pendiam pun salah, banyak cakap pun salah .hahaha.
Boleh jadi.
Kelemahan tu menyebabkan orang di samping kita akan tak selesa.
Menyampah, Serabut, Tak suka.
Tapi kekadang ada yang tidak tahu yang dia ada sifat tu.
Harap kita sedar apa kekurangan kita. Moga Allah sedarkan.
Kenapa kita perlu sedar akan kelemahan diri kita.?
Sebab kita perlu jadi lebih baik, perlu cuba utk berubah.
Dan muhasabah.
Aku yakin.
Dalam lubuk hati yang paling dalam.
Kita cuba untuk berubah.
Cuma kita tak beritahu kepada dunia, kita sedang berubah kan?
Kita diam diam menjalankan misi mengubah diri.
Tapi kita selalu kalah dengan situasi, kalah dengan keadaan.
Kalah dengan diri sendiri.
Berapa ramai manusia pemarah yang ingin berubah menjadi seseorang penyabar?
Ramai. Bukan mereka tak tahu. Tapi mereka kalah ,kalah dengan keadaan dan kalah dengan diri sendiri.
Berapa ramai mereka yang suka shopping cuba utk berubah kurangkan perbelanjaan?
Ramai, tapi mereka juga tergugat dengan keadaan sekeliling dan nafsu.
Berapa ramai yang cuba untuk kurangkan aktiviti yang kurang berfaedah seperti main game, fb, WhatsApp?
Ramai. Tapi tersungkur juga.
Sebenarnya, apa yang penting ialah kita SUDAH ada niat utk jadi lebih baik.
Kemudian, AZAM takkan buat lagi.
Seterusnya, penyesalan . Dengan penyesalan, semestinya kita akan merintih dengan Allah.
See the point? Allah. Mengadu dengan Dia.
Biar keburukan ini menjadi kita akrab dan dekat dengan Dia.
Biar keburukan ini menjadi buah pahala.
Berjuta kali percubaan kita utk berubah.
Maka berjuta kali lah kita tersungkur di depan ALLAH .
Memberitahu Dia ,kita ingin berubah tapi sering gagal.
Di dalam perjalanan berubah.
Ingat.
Jangan lupa.
Ingat untuk tambah ilmu.
Ingat tambah ilmu.
Ingatkan diri supaya tambah ilmu.
Apa jua bentuk.
Quran. Hadith. Buku. Ceramah. Muzik. Gambar. Kitab. Manusia.
Apa jua bentuk ilmu.
Yang pasti ilmu yang baik itu akan memberi dan membuahkan takut kepad Allah!
Aku menulis kerna Aku Juga Dalam Mujahadah.
Amat memahami.
Apa yang anda rasa.
Mungkin lebih. Hahaha.*dah kenapa*
Okei. Assalamualaikum!
No comments:
Post a Comment