Ola.
Assalamualaikum.
Sebenarnya takde mood pun nak tulis.
Tapi macam kena . Ngeh sengal kan.
Sebab nak buktikan kat diri sendiri sebenarnya yang ana
mampu istiqamah .
Ha ha ha *tetibe*
Mula macam nak tulis pasal chenta. Tapi bunga bunga chenta
tak berbunga .
Banyak idea pasal bunga bunga chenta , simpanlah untuk entri
lain kali.
Hari hari yang sungguh padat. Time management failed lagi
-_-
Huargh, move forward and hope today is better than
yesterday!
* * * * * * * * * *
Masa aku comot
Masa aku makan terabur
Masa aku tengah serabut siapkan assignment
Masa almari aku bersepah sepah
Aku tidur sambil berdiri
Aku tidur dengan penuh keselekehan
Masa aku tengah membebel macam mak nenek
Masa tengah stress dengan budak lelaki yang selalu
menyakitkan hati
Masa aku tengah koya koya
Masa aku tengah tak betul dan mula bergurau sengal sengal
Masa aku nangis sampai merah hidung mata
Buruk benor muka masa tu.
Masa aku tengah muncung sedepa
Hanya mereka yang tahu
Hanya mereka.
Mereka banyak bersabar dengan cekadak yang ada dalam diri
ni.
Thousand thank you and sorry from the moon and never turn to
earth. *ha ha ha adake proverb ni?
Satu perumpamaan yang nak ana (nak guna ana lah macam baik
sikit tehehe) umpamakan antara kita.
Kita berjalan bersama di satu jalan.
Jalan tu ada lubang kecik , besar, sederhana kecik,
sederhana besar, amat besar, amat kecik, amat sangat besar, amat sangat kecik.
Tapi, tapi, tapi, tapikan.
Kita.
Kita kita.
Kita tak dibenarkan secara normal. Kita diwajibkan jalan
macam ketam.
Tahu tak ni ketam jalan camne?
Ni je gambar yang ada dekat Pak Cik Google.
Dapat bayang tak?
Ok kalau tak dapat, sila pergi ke Pantai mana mana untuk
melihat kejadian ketam.
Ok, bayangkan kita manusia jalan macam ketam jalan.
Sah-sah la kita tak nampak kita punya jalan kan.
Tapi kita mesti nampak kawan kita punya jalan.
Kan.
Kan.
Tak caye tera cube test .
Jadi, kalau kawan kita nak termasuk lubang kita mesti lah
cakap.
“Weeeh, ada lubang tuu. Sini sikit”
Dan kalau dia Nampak kita pulak macam nak masuk dalam lubang
tu ,sudah semestinya dia akan cakap
“ tuu lubang , meh sini sikit. Ko nihh”
Kalau versi solehah.
“ awak, lubang tu . sini sikit”
“Terima kasih awak.
Eh eh awak tu depan sikit tu dekat tempat awak tu ada lubang
jugak. Leklok”
Macam tulah jugak dalam kehidupan ini korang. Ana nak sangat
korang tegur ana. Direct je. Tapi jangan la in public. Muahaha. Sebab aku tak
mungkin nampak apa yang aku dah buat.
Dan kau juga sudah semestinya tak nampak apa yang kau buat.
Atau kekadang kita sama sama membutakan hati kita untuk
mengakui dosa itu.
Rapuh tanpa kamu.
Meskipun engkau makhluk fana.
Hati ini terbiasa mengasihi kamu.
Moga kita bukan sekadar berteman.
Moga sama sama mencari syurga.
Kita sama sama menasihati sebab kita tak nak salah seorang
dari kita tersekat dalam lubang tu.
Kan. Ok dah takde point.
*suka suka je point takde
In conclusion, aslih nafsak wa ‘ad u ghairak.

No comments:
Post a Comment